Generasi ketiga (1996-2002) Honda City

Honda City generasi ketiga

Honda City generasi ketiga, dikodkan sebagai SX8, dibina berasaskan pelantar EF Civic. Ia direka untuk dijual di pasaran Asia Tenggara sahaja.

Model City ini masih merupakan model subpadat tetapi dibina sebagai model sedan empat pintu sebagai alternatif yang lebih murah kepada Honda Civic yang disasarkan kepada negara-negara membangun di Asia, dan dikilangkan di Pakistan, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina dan India. Model generasi ketiga yang diperbaharui dikeluarkan pada tahun 2000, serta digerakkan oleh enjin Honda 1.5L VTEC.

Generasi ketiga City menggunakan enjin Siri D, iaitu D13B dan D15B. Enjin D15B dikurangkan kuasanya di pasaran Asia tetapi masih mempunyai nisbah kuasa kepada berat yang mendahului saingannya. Berat kasar ialah 985 kilogram (2,172 lb), dan keluaran kuasa enjin D15B ialah 115 PS (85 kW). Kereta ini mampu memecut 0-100 km/j dalam masa sekitar 10 saat.